Tuesday 15 November 2016

Mesyuarat Agung Darussyifa' Bachok 2016

Mesyuarat telah dijalankan pada hari Jumaat, 11 November 2016 (11/02/1438H), jam 9:00 malam  di Pasat Rawatan Bachok.











Monday 15 September 2014

Program Eratkan Silaturrahim

Masuk minggu ke 4, Darussyifa' Bachok telah melaksanakan program ziarah dan zikir ke rumah ahli Darussyifa' Bachok.  Program zikir yang sebelum ini dijalankan di Pusat Rawatan Darussyifa' Bachok kini beralih angin dengan hasrat untuk merapatkan dan mengeratkan silaturrahim ahli serta keluarga.  Disamping itu, melalui program ini diharapkan semua ahli akan mengenali rumah ahli lain.
Pengisiannya adalah bermula dengan solat maghrib secara berjamaah, diikuti dengan solat hajat, bacaan surah Yasiin diikuti bacaan Ruqyah Asas 1, 2, dan 3 serta zikir dan doa.  Selepas solat Isyak berjamaah, jika ada keperlua, rawat kalangan ahli dan keluarga yang memerlukan, memagar kawasan dan selesai semuanya menikmati juadah yang dihidangkan.
Selesai semuanya, majlis bersurai.  Terima kasih kepada semua perawat Bachok yang telah memberikan komitmen.  Semoga usaha ini akan berterusan.
08 Sep 2014

08 Sep 2014

08 Sep 2014

08 Sep 2014

08 Sep 2014

08 Sep 2014

15 Sep 2014

15 Sep 2014

15 Sep 2014

15 Sep 2014

15 Sep 2014

15 Sep 2014

Friday 18 April 2014

Mesyuarat Agung Darussyifa' Kelantan Kali Ke 3

Sukacita dimaklumkan mesyuarat Agung ini akan diadakan sebagaimana berikut:

Tarikh   : 19 April 2014 (Sabtu)
Masa     :  8.30 pagi
Tempat  : Bangunan Pusat Da'wah Islamiah (PDI), ABIM Negeri Kelantan
                Tajung Mas, Jalan Tok Guru, Kota Bharu.

Semua AJK dan Ahli Darussyifa' Kelantan adalah dijemput.


Saturday 12 April 2014

Majlis Kesyukuran 2014

Majlis kesyukuran Darussyifa' Kelantan  2014 telah selamat diadakan pada hari Jumaat, 11 April 2014 di Pusat Rawatan Darussyifa' Lundang.   Terima kasih kepada semua jemputan yang hadir.
Ustaz Zaki B Ya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.  Melalui program ini diharapkan ikatan silaturrahim di kalangan ahli semakin kukuh.












Monday 17 March 2014

Peluang Merawat

Tahniah kepada semua perawat pelatih yang baru diijazahkan pada 28 Februari 2014 yang lalu.  Semoga dengan pengiktirafan ini, anda semua akan menjadi perawat dengan baik nanti. 
Untuk makluman, Pusat Rawatan Darussyifa' Lundang akan meluaskan lagi khidmat rawatan kepada sesi malam dari jam 9.00 - 11.00 .  Peluang ini dibuka kepada ahli-ahli baru (perawat pelatih sesi 2012/2013) untuk turut serta berkhidmat sebagai perawat di Lundang.  Kepada mereka-mereka yang berminat untuk menyumbangkan tenaga, bolehlah menghubungi Ketua pusat rawatan Lundang atau menghubungi Ustaz Zaki B Ya (Pengarah Darussyifa' Kelantan) untuk penetapan hari dan waktu bertugas.
Rebutlah peluang untuk mengamalkan ilmu yang telah ditimba selama ini, kerana ilmu tanpa amal tidak membawa kita kemana.  Senjata jika sentiasa diasah, ia semakin tajam. 
Anda juga boleh menyumbangkan khidmat di pusat-pusat rawatan yang berdekatan dengan kediaman anda seperti di Gua Musang, Pasir Mas, Tumpat, Kuala Krai, Bachok atau lain-lain pusat rawatan.  Sila berhubung dengan pusat rawatan berdekatan untuk penetapan hari dan waktu merawat.

Sunday 2 March 2014

Majlis Konvokesyen Pengubatan Islam 2014



Majlis Konvokesyen Pengubatan Islam Siri 3 Sesi 2012/2013 Darussyifa’ Kelantan telah berlangsung dengan jayanya pada hari Jumaat, 28 RabiulAkhir 1435H (28 Februari 2014).

Majlis yang diadakan di Hotel Perdana ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Dato’ Haron Bin Din, Pengasas dan Penasihat Darussyifa’


Masa
Acara
0700
·         Pendaftaran graduan dan tetamu jemputan
·         Para tetamu mengambil tempat di Dewan
0800
·         Ketibaan rombongan Darussyifa’ Pusat dan Tetamu Kehormat
·         Ketibaan Tuan Guru Dato’ Haron B Din, Pengasas dan Penasihat Darussyifa’
·         Ketibaan Prof Dato’ Dr Mafauzy B Mohamed, Pengarah Kampus Kesihatan USM
0815
·         Perarakan masuk Graduan ke Dewan dan mengambil tempat masing-masing.
·         Perarakan masuk:
o        Tuan Guru Dato’ Haron B Din
o        Prof Dato’ Dr Mafauzy B Mohammed
o        Pengerusi Darissyifa’ Pusat dan Rombongan VVIP
0830
·         Ucapan Pengacara Majlis
·         Bacaan Asma Ul Husna
·         Bacaan al Quran oleh Ustaz Mohd Syakir B Mat Yusoff
0845
·         Ucapan Aluan Pengarah Darussyifa’ Negeri Kelantan
·         Ucapan Aluan Pengarah Kampus Kesihatan USM
0900
·         Penyampaian Anugerah Ahli Kehormat kepada:
Dato’ Paduka Hj Nik Abdul Kadir B Nik Muhamad, Timbalan Mufti Negeri Kelantan
·         Penyampaian sumbangan Darussyifa’ kepada isteri Allahyarham Ustaz Baharuddin B Ismail, Perawat Darussyifa’ Kelantan.

0920
·         Taklimat Pengijazahan oleh Tuan Guru Dato’ Dr Haron B Din.
·         Bacaan 33 asas Ruqyah oleh para Graduan secara berjemaah:
  • Bacaan Asas Pertama
  • Bacaan Asas Kedua
  • Bacaan Asas Ketiga
1000
·         Gimik pengijazahan
·         Majlis Pengijazahan Pengubatan Islam Siri 3 Sesi 2012/2013 oleh Tuan Guru Dato’ Dr Haron B Din

1040
·         Amanat Tuan Guru Dato’ Dr Haron B Din
·         Penyampaian Sanad Al Fatihah
1140
·         Perarakan keluar VVIP
o        Tuan Guru Dato’ Dr Haron B Din
o        Prof Dato Dr Mafauzy B Mohamed
o        Pengerusi Darussyifa’ Pusat dan Rombongan VVIP
·         Bai’ah bersama Tuan Guru Dato’ Dr Haron B Din

1200
·         Sesi bergambar VIP
·         Sesi bergambar berkumpulan
·         Makan Tengah Hari
·         Bersurai
 



Pada majlis ini, seramai 132 orang graduan Negeri Kelantan sesi 2012 / 2013 telah menerima Ijazah Pengubatan Islam yang disampaikan oleh Dato’ Dr Haron B Din, Pengasas dan Penasihat Darussyifa’ Malaysia.

Dengan selesainya majlis ini, bilangan para graduan Pengubatan Islam nusantara yang dikeluarkan oleh Darussyifa’ Malaysia sudah melebihi 7000 orang.  Daripada bilangan ini, bilangan mereka yang menjadi perawat aktif adalah sekitar 20%.  Semoga para graduan yang baru diijazahkan ini akan menjadi perawat aktif bagimenampung kekurangan perawat yang mengamallkan rawatan secara Islam dalam masyarakat Malaysia hari ini.







Friday 3 January 2014

Darussyifa Bachok Pindah

Mulai 1hb Januari 2014, Pusat Darussyifa' Bachok telah berpindah tempat operasi ke Kampung Kubang Golok, Bachok.  Malam tadi (2 / 1 / 2014) telah diadakan majlis solat hajat dan zikir pertama di premis baru di Kampung Kubang Golok.  Sebarang pertanyaan boleh lah hubungi Pengerusi Darussyifa' Bachok, Ust Mohd Juhdi (019 980 8670) atau Ust Safaee (019 919 7072) atau Ust Yassim (017 938 8751).

Jadual rawatan adalah tidak berubah iaitu
setiap malam (Jumaat hingga Rabu - mulai 9.00 mlm @ lps Isyak - 10.00 mlm),
hari Khamis (5.00 - 6.00 petang).
Khamis Malam adalah malam zikir.