Tuesday, 15 November 2016
Mesyuarat Agung Darussyifa' Bachok 2016
Mesyuarat telah dijalankan pada hari Jumaat, 11 November 2016 (11/02/1438H), jam 9:00 malam di Pasat Rawatan Bachok.
Monday, 15 September 2014
Program Eratkan Silaturrahim
Masuk minggu ke 4, Darussyifa' Bachok telah melaksanakan program ziarah dan zikir ke rumah ahli Darussyifa' Bachok. Program zikir yang sebelum ini dijalankan di Pusat Rawatan Darussyifa' Bachok kini beralih angin dengan hasrat untuk merapatkan dan mengeratkan silaturrahim ahli serta keluarga. Disamping itu, melalui program ini diharapkan semua ahli akan mengenali rumah ahli lain.
Pengisiannya adalah bermula dengan solat maghrib secara berjamaah, diikuti dengan solat hajat, bacaan surah Yasiin diikuti bacaan Ruqyah Asas 1, 2, dan 3 serta zikir dan doa. Selepas solat Isyak berjamaah, jika ada keperlua, rawat kalangan ahli dan keluarga yang memerlukan, memagar kawasan dan selesai semuanya menikmati juadah yang dihidangkan.
Selesai semuanya, majlis bersurai. Terima kasih kepada semua perawat Bachok yang telah memberikan komitmen. Semoga usaha ini akan berterusan.

08 Sep 2014 |
08 Sep 2014 |
08 Sep 2014 |
08 Sep 2014 |
08 Sep 2014 |
08 Sep 2014 |
15 Sep 2014 |
15 Sep 2014 |
15 Sep 2014 |
15 Sep 2014 |
15 Sep 2014 |
15 Sep 2014 |
Friday, 18 April 2014
Mesyuarat Agung Darussyifa' Kelantan Kali Ke 3
Sukacita dimaklumkan mesyuarat Agung ini akan diadakan sebagaimana berikut:
Tarikh : 19 April 2014 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bangunan Pusat Da'wah Islamiah (PDI), ABIM Negeri Kelantan
Tajung Mas, Jalan Tok Guru, Kota Bharu.
Semua AJK dan Ahli Darussyifa' Kelantan adalah dijemput.

Saturday, 12 April 2014
Majlis Kesyukuran 2014
Majlis kesyukuran Darussyifa' Kelantan 2014 telah selamat diadakan pada hari Jumaat, 11 April 2014 di Pusat Rawatan Darussyifa' Lundang. Terima kasih kepada semua jemputan yang hadir.
Ustaz Zaki B Ya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Melalui program ini diharapkan ikatan silaturrahim di kalangan ahli semakin kukuh.
Ustaz Zaki B Ya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Melalui program ini diharapkan ikatan silaturrahim di kalangan ahli semakin kukuh.
Monday, 17 March 2014
Peluang Merawat
Tahniah kepada semua perawat pelatih yang baru diijazahkan pada 28 Februari 2014 yang lalu. Semoga dengan pengiktirafan ini, anda semua akan menjadi perawat dengan baik nanti.
Untuk makluman, Pusat Rawatan Darussyifa' Lundang akan meluaskan lagi khidmat rawatan kepada sesi malam dari jam 9.00 - 11.00 . Peluang ini dibuka kepada ahli-ahli baru (perawat pelatih sesi 2012/2013) untuk turut serta berkhidmat sebagai perawat di Lundang. Kepada mereka-mereka yang berminat untuk menyumbangkan tenaga, bolehlah menghubungi Ketua pusat rawatan Lundang atau menghubungi Ustaz Zaki B Ya (Pengarah Darussyifa' Kelantan) untuk penetapan hari dan waktu bertugas.
Rebutlah peluang untuk mengamalkan ilmu yang telah ditimba selama ini, kerana ilmu tanpa amal tidak membawa kita kemana. Senjata jika sentiasa diasah, ia semakin tajam.
Anda juga boleh menyumbangkan khidmat di pusat-pusat rawatan yang berdekatan dengan kediaman anda seperti di Gua Musang, Pasir Mas, Tumpat, Kuala Krai, Bachok atau lain-lain pusat rawatan. Sila berhubung dengan pusat rawatan berdekatan untuk penetapan hari dan waktu merawat.

Sunday, 2 March 2014
Majlis Konvokesyen Pengubatan Islam 2014
Majlis
Konvokesyen Pengubatan Islam Siri 3 Sesi 2012/2013 Darussyifa’ Kelantan telah
berlangsung dengan jayanya pada hari Jumaat, 28 RabiulAkhir 1435H (28 Februari
2014).
Masa
|
Acara
|
0700
|
·
Pendaftaran graduan dan tetamu jemputan
·
Para tetamu mengambil tempat di Dewan
|
0800
|
·
Ketibaan rombongan Darussyifa’ Pusat dan Tetamu Kehormat
·
Ketibaan Tuan Guru Dato’ Haron B Din, Pengasas dan
Penasihat Darussyifa’
·
Ketibaan Prof Dato’ Dr Mafauzy B Mohamed, Pengarah Kampus
Kesihatan USM
|
0815
|
·
Perarakan masuk Graduan ke Dewan dan mengambil tempat
masing-masing.
·
Perarakan masuk:
o
Tuan Guru Dato’ Haron B Din
o
Prof Dato’ Dr Mafauzy B Mohammed
o
Pengerusi Darissyifa’ Pusat dan Rombongan VVIP
|
0830
|
·
Ucapan Pengacara Majlis
·
Bacaan Asma Ul Husna
·
Bacaan al Quran oleh Ustaz Mohd Syakir B Mat Yusoff
|
0845
|
·
Ucapan Aluan Pengarah Darussyifa’ Negeri Kelantan
·
Ucapan Aluan Pengarah Kampus Kesihatan USM
|
0900
|
·
Penyampaian Anugerah Ahli Kehormat kepada:
Dato’ Paduka Hj Nik Abdul Kadir B Nik Muhamad, Timbalan Mufti Negeri
Kelantan
·
Penyampaian sumbangan Darussyifa’ kepada isteri
Allahyarham Ustaz Baharuddin B Ismail, Perawat Darussyifa’ Kelantan.
|
0920
|
·
Taklimat Pengijazahan oleh Tuan Guru Dato’ Dr Haron B Din.
·
Bacaan 33 asas Ruqyah oleh para Graduan secara berjemaah:
|
1000
|
·
Gimik pengijazahan
·
Majlis Pengijazahan Pengubatan Islam Siri 3 Sesi 2012/2013
oleh Tuan Guru Dato’ Dr Haron B Din
|
1040
|
·
Amanat Tuan Guru Dato’ Dr Haron B Din
·
Penyampaian Sanad Al Fatihah
|
1140
|
·
Perarakan keluar VVIP
o
Tuan Guru Dato’ Dr Haron B Din
o
Prof Dato Dr Mafauzy B Mohamed
o
Pengerusi Darussyifa’ Pusat dan Rombongan VVIP
·
Bai’ah bersama Tuan Guru Dato’ Dr Haron B Din
|
1200
|
·
Sesi bergambar VIP
·
Sesi bergambar berkumpulan
·
Makan Tengah Hari
·
Bersurai
|
Pada majlis
ini, seramai 132 orang graduan Negeri Kelantan sesi 2012 / 2013 telah menerima
Ijazah Pengubatan Islam yang disampaikan oleh Dato’ Dr Haron B Din, Pengasas
dan Penasihat Darussyifa’ Malaysia.
Dengan
selesainya majlis ini, bilangan para graduan Pengubatan Islam nusantara yang
dikeluarkan oleh Darussyifa’ Malaysia
sudah melebihi 7000 orang. Daripada
bilangan ini, bilangan mereka yang menjadi perawat aktif adalah sekitar
20%. Semoga para graduan yang baru
diijazahkan ini akan menjadi perawat aktif bagimenampung kekurangan perawat
yang mengamallkan rawatan secara Islam dalam masyarakat Malaysia hari ini.
Friday, 3 January 2014
Darussyifa Bachok Pindah
Mulai 1hb Januari 2014, Pusat Darussyifa' Bachok telah berpindah tempat operasi ke Kampung Kubang Golok, Bachok. Malam tadi (2 / 1 / 2014) telah diadakan majlis solat hajat dan zikir pertama di premis baru di Kampung Kubang Golok. Sebarang pertanyaan boleh lah hubungi Pengerusi Darussyifa' Bachok, Ust Mohd Juhdi (019 980 8670) atau Ust Safaee (019 919 7072) atau Ust Yassim (017 938 8751).
Jadual rawatan adalah tidak berubah iaitu
setiap malam (Jumaat hingga Rabu - mulai 9.00 mlm @ lps Isyak - 10.00 mlm),
hari Khamis (5.00 - 6.00 petang).
Khamis Malam adalah malam zikir.
Jadual rawatan adalah tidak berubah iaitu
setiap malam (Jumaat hingga Rabu - mulai 9.00 mlm @ lps Isyak - 10.00 mlm),
hari Khamis (5.00 - 6.00 petang).
Khamis Malam adalah malam zikir.
Subscribe to:
Posts (Atom)