Masuk minggu ke 4, Darussyifa' Bachok telah melaksanakan program ziarah dan zikir ke rumah ahli Darussyifa' Bachok. Program zikir yang sebelum ini dijalankan di Pusat Rawatan Darussyifa' Bachok kini beralih angin dengan hasrat untuk merapatkan dan mengeratkan silaturrahim ahli serta keluarga. Disamping itu, melalui program ini diharapkan semua ahli akan mengenali rumah ahli lain.
Pengisiannya adalah bermula dengan solat maghrib secara berjamaah, diikuti dengan solat hajat, bacaan surah Yasiin diikuti bacaan Ruqyah Asas 1, 2, dan 3 serta zikir dan doa. Selepas solat Isyak berjamaah, jika ada keperlua, rawat kalangan ahli dan keluarga yang memerlukan, memagar kawasan dan selesai semuanya menikmati juadah yang dihidangkan.
Selesai semuanya, majlis bersurai. Terima kasih kepada semua perawat Bachok yang telah memberikan komitmen. Semoga usaha ini akan berterusan.
|
08 Sep 2014 |
|
08 Sep 2014 |
|
08 Sep 2014 |
|
08 Sep 2014 |
|
08 Sep 2014 |
|
08 Sep 2014 |
|
15 Sep 2014 |
|
15 Sep 2014 |
|
15 Sep 2014 |
|
15 Sep 2014 |
|
15 Sep 2014 |
|
15 Sep 2014 |
No comments:
Post a Comment