Sunday, 20 May 2012

AJK Sesi 2012 / 2014


PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM
NEGERI KELANTAN (DARUSSYIFA’ KELANTAN)

SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA SESI 2012 / 2014


JAWATAN
NAMA
Penasihat
Dr Wan Nudri B Wan Daud
En Nik Zahari B Nik Aman
Pengerusi
Ustaz Zaki B Ya
Naib Pengerusi
Ustaz Mohd Nasir B Ramli
Setiausaha
Ustaz Safaee B Zakaria
Pen. Setiausaha
Ustaz Khairul Maula B Yahya Ali
Bendahari
Ustaz Mohd Usoff B Zakaria
Pen. Bendahari
Ustaz Mohd Zawawi b Abd Rahim
Lujnah Serantau
Ustaz Mohd Adnan B Abdullah (K)



Lujnah Disiplin
Ustaz Sharifudin B Noh (K)




Lujnah Pendidikan dan Latihan
Ustaz Mohd Juhdi B Che Yusoff (K)
Ustaz Ahmad Mukhlis B Mustaffa
Ustaz Mohd Zamri B Abd Halim
En Nafi B Mohd Daud
Lujnah Kebajikan
Ustaz Azhar b Zakaria (K)
Ustaz Said b Mamat


Lujnah Hal Ehwal Muslimah
Ustazah Hjh Khadijah Bt Husin (K)
Ustazah Shalelawati Bt Yusoff
Ustazah Intan Nurmuslihah Bt Abd Aziz
Ustazah Nadrah Bt Zakaria
Lujnah Penerbitan dan Laman Web
En Mohd Sambri B Adam (K)
En Mohd Nasharudin B Abdillah
En Mohd Nazri B Rosli
En Effendi b Hashim
Lujnah Tugas-Tugas Khas
Ustaz Yassim B Ahmad
Ustaz Mohd Ghani B Mohd Nor
Ustaz Ahmad Basair B Hj Ramli
En Elias B Nor
Pemeriksa Kira-Kira
Ustaz Mohd Hatta B Mohd Ali
Ustazah Rehanah Bt Mohd Zin
Ahli Jawatankuasa
Ustaz Mohd Thaqif B Mohd Rani
Ustaz Rosdian B Hassan
Ustaz Mohd Razani B Hussin
Ustaz Ibrahim B Mohamad Nor
Ustaz Baharuddin b Ismail
AJK Daerah  :


Kota Bharu
Ustaz Suhaimi B Salleh

Tumpat
Ustaz Zahirudin B Mohamad

Machang
Ustaz Mohd Haris B Abdul Mutalib

Bachok
Ustaz Mohamed B Daud

Kuala Krai
Ustaz Suhaili B Ishak

Gua Musang
Ustaz Fazeli

Pasir Puteh
Ustaz Sapudin B Abdullah

Tana Merah / Jeli
Ustaz Mohd Asri B Abd Halim

Besut
Ustaz Ariff Efendi B Mustafa

Pasir Mas
Ustaz Mokhtar B Daud

Syarat Utama Sebagai Perawat Islam


Syarat Utama Menjadi Perawat Islam Yang Baik
I
Iltizam dengan ilmu pengubatan yang dipelajari, iaitu dengan sentiasa beramal dan berdamping dengannya setiap masa.
II
Mempraktikkan ilmu pengubatan yang telah dipelajari dengan selalu memberi khidmat sukarela di klinik-klinik Darussyifa’ dengan memberi rawatan kepada pesakit yang memerlukan rawatan
III
Jangan campur adukkan ilmu yang diharuskan dengan ilmu yang diharamkan.
IV
Jangan berbohong atau menyebutkan perkara-perkara yang tidak betul ketika merawta seperti mengatakan penyakit ini adalah disebabkan sihir atau perbuatan khianat oleh orang tertentu.
V
Mempunyai keyakinan pada diri sendiri dan ikhlas bahawa ilmu yang disampaikan oleh guru adalah benar dan tidak menyalahi syarak.
VI
Tidak boleh melanggar peraturan dan etika yang telah ditetapkan oleh Darussyifa’.  Contohnya tidak boleh menetapkan kadar bayaran ke atas pesakit yang dating untuk dirawat.
VII
Hendaklah sentiasa berdisiplin dalam semua hal seperti dalam mempraktikkan pengubatan, kehidupan seharian, beribadat, berzikir dan seumpamanya.
VIII
Sentiasa bersungguh-sungguh dalam menguabt, berubat dan mencari kesembuhan.

Pra Syarat Perawat Islam


Pra Syarat Sebagai Perawat Islam
1
Hendaklah memiliki 6 sifat sepertimana yang telah disebut dalam syair Imam Shafie RA, iaitu:

  • Kecerdikan : boleh memahami ilmu yang dipelajari, boleh menghafal doa-doa dan bukanlah seorang yang benak.

  • Sensitif Kepada Ilmu : suka dan berminat mempelajatri ilmu dan boleh memelihara (menyimpan ilmu dan menjaga amanah ilmu dengan baik)

  • Mempunyai Pendapatan : mempunyai wang dan harta dan bukanlah seorang yang miskin.

  • Mempunyai Kesungguhan : Bersungguh-sungguh dan berterusan dalam mempelajari ilmu pengubatan dan bukanlah dibuat secara sambil lewa

  • Rakan Seperguruan adalah Saudara Kita : jangan ada cemburu mencemburui, benci membenci, sebaliknya tanamkan sifat hormat menghormati dan berkasih sayang sesama kita;

  • Hendaklah sentiasa sabar dalam menuntut ilmu dan berubat kerana masa penasntian adalah panjang.
2
Hendaklah memberhentikan segala bentuk amalan pengubatan yang bercanggah dengan syariat Islam seperti penggunaan tangkal (walaupun tangkal yang menggunakan ayat-ayat Quran), ilmu pengasih, ilmu penunduk dan seumpamanya.
3
Jangan melibatkan diri dengan ilmu tariqat atau kebatinan yang meragukan seperti Aurad Muhammadiah, Martabat 7, Qadiani dan seumpamanya.hendaklah meletakkan diri kita mampu dan boleh untuk berhadapan segala bentuk ujian dan cabaran.


Pesanan Tuan Guru


Pesanan Tuan Guru Dato’ Dr Haron B Din
Pengasas dan Penaung Darussyifa’ Pusat
Prinsip Asas Rawatan Islam
1
Ada penyakit ada ubat
2
Allah SWT yang menjadikan penyakit dan Dialah juga yang menjadikan ubat.
3
Kesemubuhan adalah milik mutlak Allah SWT dan tiada sesiapa yang boleh mendakwa miliknya.
4
Manusia hanya berusaha, InsyaAllah jika kena dengan ubatnya, Allah SWT akan memberikan kesembuhan.
5
Al-Quran adalah panduan dan penghubung kepada kesembuuhan.
6
Doa dan bacaan-bacaan tertentu adalah ikhtiar yang menjadi sebab untuk penyembuhan penyakit.
7
Rawatan dengan bacaan-bacaan tertentu atau doa adalah diharuskan oleh para ulama, malahan sangat digalakkan dengan 3 syarat:

Ø  Dengan menggunakan bacaan ayat-ayat al-Quran yang betul
Ø  Dengan menggunakan bacaan selain daripada ayat al-Quran yang diketahui maknanya.
Ø  Dengan mengiktikadkan bahawa hanya Allah sahaja yang akan menyembuhkannya.
8
Bahan ubat-ubatan hendaklah daripada bahan yang halal dan harus sahaja
9
Tidak boleh berputus asa dalam berikhtiar untuk mencari ubat dan kesembuhan
10
Keyakinan kepada diri sendiri, ubat yang dibuat, doa yang dibaca dan ikhtiar yang betul, pasti Allah SWT akan menyembuhkan.

Welcome

Welcome to new blog.
Kepada semua ahli Darussyifa', bolehlah memberikan sebarang sumbangan idea untuk kepentingan organisasi.
Terima kasih.  Sebarang pandangan atau penulisan amat dialu-alukan.