Sunday, 20 May 2012

Pra Syarat Perawat Islam


Pra Syarat Sebagai Perawat Islam
1
Hendaklah memiliki 6 sifat sepertimana yang telah disebut dalam syair Imam Shafie RA, iaitu:

  • Kecerdikan : boleh memahami ilmu yang dipelajari, boleh menghafal doa-doa dan bukanlah seorang yang benak.

  • Sensitif Kepada Ilmu : suka dan berminat mempelajatri ilmu dan boleh memelihara (menyimpan ilmu dan menjaga amanah ilmu dengan baik)

  • Mempunyai Pendapatan : mempunyai wang dan harta dan bukanlah seorang yang miskin.

  • Mempunyai Kesungguhan : Bersungguh-sungguh dan berterusan dalam mempelajari ilmu pengubatan dan bukanlah dibuat secara sambil lewa

  • Rakan Seperguruan adalah Saudara Kita : jangan ada cemburu mencemburui, benci membenci, sebaliknya tanamkan sifat hormat menghormati dan berkasih sayang sesama kita;

  • Hendaklah sentiasa sabar dalam menuntut ilmu dan berubat kerana masa penasntian adalah panjang.
2
Hendaklah memberhentikan segala bentuk amalan pengubatan yang bercanggah dengan syariat Islam seperti penggunaan tangkal (walaupun tangkal yang menggunakan ayat-ayat Quran), ilmu pengasih, ilmu penunduk dan seumpamanya.
3
Jangan melibatkan diri dengan ilmu tariqat atau kebatinan yang meragukan seperti Aurad Muhammadiah, Martabat 7, Qadiani dan seumpamanya.hendaklah meletakkan diri kita mampu dan boleh untuk berhadapan segala bentuk ujian dan cabaran.


No comments:

Post a Comment