Darussyifa' Bachok sekali lagi tahun ini turut serta memeriahkan sambutan Pesta Pantai Pelancongan Islam anjuran Majlis Daerah Bachok pada 3hb Jun sehingga 16hb Jun. Seperti tahun 2011, Pusat Rawatan Darussyifa' Bachok telah berpindah pusat rawatan ke Pantai Irama, Bachok. Semua perawat (Bachok) dan dari luar Bachok yang bertugas telah mengadakan rawatan di bawah khemah sepanjang tempoh itu.
Sepanjang tempoh rawatan, seramai 179 orang pengunjung telah mendapatkan khidmat rawatan. Rawatan diadakan setiap hari iaitu pada waktu petang (5.00 - 7.00 petang) dan malam (9.30 - 11.30 malam).
Pengerusi Darussyifa' Bachok mengucapkan terima kasih kepada perawat-perawat yang telah bertugas dengan sukarela di Pusat Rawatan Pantai Irama sepanjang waktu tersebut. Beliau berharap agar kerjasama dan kesungguhan ini akan berterusan dan mendapat keberkatan daripada Allah.
No comments:
Post a Comment