Seramai 128 orang ahli Darussyifa' dan pelajar Darussyifa' Kelantan 2013 telah menghadiri Ijtima' Darussyifa' SeMalaysia, di Kolej Universiti Islam Selangor, KUIS 16hb November 2013. Ijtima' dengan tema Pasakkan Langkah Mengharung Cabaran Dunia Pengubatan Islam diadakan sempena ulangtahun ke 25 Persatuan Kebajikan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa').
Ucap utama dan perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Guru Dato' Dr Haron Bin Din, Pengasas dan Penasihat, Darussyifa'.
Tuesday, 19 November 2013
Sekitar Hari Keluarga 2013
Berikut adalah sebahagian gambar sambutan Hari Keluarga Darussyifa' Kelantan 2013
Pendaftaran untuk sukaneka dan cabutan bertuah.
Aktiviti Hari Keluarga
Acara Kemuncak
Tuesday, 12 November 2013
Hari Keluarga Meriah
Hari Keluarga Darussyifa' yang diadakan di Gelora Beach meninggalkan seribu kenangan terutama bagi kanak-kanak yang menyertainya. Banyak aktiviti untuk kanak-kanak telah berjaya menyerikan muka-muka mereka semua.
Aturcara program itu adalah :
1 Nov 2013
|
|
4.00 ptg – 6.30 ptg
|
Pendaftaran
Acara keluarga (bebas)
|
7.00 mlm – 10.00 mlm
|
Solat Maghrib berjemaah
Solat Hajat
Bacaan Yaasin dan zikir
Solat Isyak
Tazkirah
Makan malam
|
10.00 mlm
|
Acara keluarga / tidur
|
2 Nov 2013
|
|
3.30 pg – 8.00 pg
|
Qiamullail
Solat Tahajjud
Solat Hajat
Zikir
Solat Subuh berjemaah
Kuliah subuh
Solat Dhuha
|
8.00 pg – 8.30 pg
|
Sarapan pagi
|
8.30 pg – 11.30 tgh
|
Acara sukaneka (Antara acara)
Acara kanak-kanak (L, P)
Mengutip coklat – kategori kanak-kanak
Tiup belon sampai pecah
Bawa bola dalam sudu
Merebut kerusi
Acara dewasa (L, P)
Bowling kelapa
Memancing botol
Lumba lari berpasangan
Acara pasangan
Sambut belon berisi air
Acara kemuncak adalah tarik tali (L)
|
11.30 pg – 12.30 tgh
|
Penyampaian hadiah
Cabutan bertuah
Makan tengahari
|
Dalam ucapan penangguhan, pengerusi Darussyifa' Kelantan, Ustaz Zaki b Ya, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir kerana menjayakan program ini. Ini merupakan program pertama berjaya diadakan sejak adanya Darussyifa' Kelantan dan berharap acara ini menjadi acara tahunan pada masa-masa akan datang. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada jawatankuasa program hari keluarga yang bertungkus lumus menayakan program ini sehingga menjadi realiti.
Harapan beliau semoga melalui program seperti ini akan dapat merapatkan lagi jalinan silaturrahim yang sedia ada di kalangan ahli keluarga Darussyifa' Kelantan.
Kuliah Subuh
Thursday, 31 October 2013
Hari Keluarga Darussyifa Kelantan 2013
Kesemua ahli / perawat Darussyifa' Kelantan dijemput untuk menghadiri Hari Keluarga Darussyifa' 2013 yang akan diadakan di GELORA BEACH RESORT, PERUPOK, BACHOK pada 1 dan 2 November 2013.
Majlis zikir akan bermula selepas solat maghrib dan majlis ramah mesra selepas tazkirah pada jam 9.30 malam pada 1 Nov 2013.
Pada 2 Nov. acara sukaneka akan diadakan dengan pendaftaran akan dibuka pada jam 8.00 pg.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi ketua urusetia hari keluarga, Ust Adnan.
Diharap tiada keuzuran semua ahli / perawat.

Perjumpaan Perawat Darussyifa Kelantan Kali 1 / 2013
Satu perjumpaan perawat Darussyifa' Kelantan telah diadakan di Dewan Kuliah 2, HUSM, Kubang Kerian pada hari Jumaat, 18hb Oktober 2013 yang lalu.
Perjumpaan yang bertujuan untuk menjadikan ia satu platform bagi semua perawat seluruh Kelantan bertemu serta merapatkan silaturrahim diantara perawat telah berjaya mencapai matlamatnya. Walaupun pada saat-saat akhir, wakil Darussyifa' dari Bangi tidak dapat turut serta kerana beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan telah berjaya diadakan dengan penuh harmoni.
Pengerusi Darussyifa' Kelantan, Ustaz Zaki Ya dalam ucapannya menyeru supaya semua perawat bersatu hati dalam menjankan tugas dan peranan masing-masing sebagai perawat dan ahli persatuan. Sama-sama menjaga keutuhan persatuan, merawat secara ikhlas sesuai dengan nama persatuan yang berteraskan kepada Kebajikan. Jika ada dalam lintasan hati berkehendakkan ganjaran atau habuan, eloklah diketepikan atau diabaikan lintasan hati itu. Berilah rawatan dan khidmat secara ikhlas, InsyaAllah besar ganjarannya yang Allah akan berikan.
Sementara itu, Dr Wan Nudri (Timb. Pengarah Pusat Islam, HUSM) selaku penasihat Darussyifa' Kelantan menyeru supaya semua ahli bersatu hati dan tenaga menggerakkan Darussyifa' Kelantan demi kepentingan pelanggan-pelanggan yang datang mendapatkan rawatan. Beliau juga mengingatkan semua perawat sentiasa menjaga tatasusila sebagai perawat, terutama sewaktu menjalankan rawatan. Buku panduan dan garispanduan perawat yang sedia ada yang dikeluarjan oleh Darussyifa' dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hendaklah diiukti dan dipatuhi.
Majlis yang bermula jam 3.00 petang ini berakhir pada jam 4.30 petang dengan bacaan tasbih kafarah dan surah Al-Asr.

Subscribe to:
Posts (Atom)