Satu perjumpaan perawat Darussyifa' Kelantan telah diadakan di Dewan Kuliah 2, HUSM, Kubang Kerian pada hari Jumaat, 18hb Oktober 2013 yang lalu.
Perjumpaan yang bertujuan untuk menjadikan ia satu platform bagi semua perawat seluruh Kelantan bertemu serta merapatkan silaturrahim diantara perawat telah berjaya mencapai matlamatnya. Walaupun pada saat-saat akhir, wakil Darussyifa' dari Bangi tidak dapat turut serta kerana beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan telah berjaya diadakan dengan penuh harmoni.
Pengerusi Darussyifa' Kelantan, Ustaz Zaki Ya dalam ucapannya menyeru supaya semua perawat bersatu hati dalam menjankan tugas dan peranan masing-masing sebagai perawat dan ahli persatuan. Sama-sama menjaga keutuhan persatuan, merawat secara ikhlas sesuai dengan nama persatuan yang berteraskan kepada Kebajikan. Jika ada dalam lintasan hati berkehendakkan ganjaran atau habuan, eloklah diketepikan atau diabaikan lintasan hati itu. Berilah rawatan dan khidmat secara ikhlas, InsyaAllah besar ganjarannya yang Allah akan berikan.
Sementara itu, Dr Wan Nudri (Timb. Pengarah Pusat Islam, HUSM) selaku penasihat Darussyifa' Kelantan menyeru supaya semua ahli bersatu hati dan tenaga menggerakkan Darussyifa' Kelantan demi kepentingan pelanggan-pelanggan yang datang mendapatkan rawatan. Beliau juga mengingatkan semua perawat sentiasa menjaga tatasusila sebagai perawat, terutama sewaktu menjalankan rawatan. Buku panduan dan garispanduan perawat yang sedia ada yang dikeluarjan oleh Darussyifa' dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hendaklah diiukti dan dipatuhi.
Majlis yang bermula jam 3.00 petang ini berakhir pada jam 4.30 petang dengan bacaan tasbih kafarah dan surah Al-Asr.
No comments:
Post a Comment