Darul Syifaa' Bachok telah menjadikan Kelas Tajwid dan Qiraat sebagai satu daripada aktiviti mingguan di pusat rawatan Darussyifa' Bachok. Kelas ini dijalankan pada setiap hari khamis, selepas solat Isyak. Ia menjadi aktiviti tambahan kerana pada malam ini, aktiviti mingguan adalah solat hajat dan zikir selepas solat maghrib.
Kelas ini dipimpin oleh Ustaz Md Saifullah B Nik Abdullah yang telah menamatkan pengajian dalam bidang berkenaan di Mesir.
Kepada para perawat Darussyifa' yang berminat untuk mendalami ilmu tajwid dan qiraat, bolehlah hadir pada setiap malam Jumaat di pusat rawatan Darussyifa' Bachok.
No comments:
Post a Comment