Satu taklimat Kuliah Pengajian Pengubatan Islam sesi 2012 / 2013 telah diadakan pada Jumaat, 16hb Nov 2012 di Masjid Pusat Islam, HUSM Kubang Kerian. Taklimat yang diketuai oleh Tuan Haji Abdul Rahman B Ahmad (Pengerusi Darussyifa Pusat) telah menyentuh pelbagai aspek dan disiplin kepada bakal-bakal pelajar Darussyifa' Kelantan sesi 2012/2013.
Majlis taklimat yang bermula jam 9.00 pagi itu berakhir pada jam 12.00 tengahari. Terdahulu, pendaftaran pelajar baru berjalan lancar bermula jam 8.00 pagi. Seramai 175 bakal pelajar sudahpun mendaftarkan diri untuk mengikuti kuliah ini.
Kepada semua bakal pelajar dimaklumkan sekali lagi bahawa majlis perasmian Kuliah Perubatan Islam ini akan diadakan pada hari Jumaat, 30hb Nov 2012 bersamaan 16 Muharram 1434 bertempat di Dewan Jubli Perak MAIK, Panji.
Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh Dato Timbalan Mufti Negeri Kelantan, Dato Paduka Hj Nik Abdul Kadir B Nik Mohamad. Manakala kuliah pembukaan akan disempurnakan oleh Tuan Guru Dato' Dr Haron B Din, Pengasas dan Penanung Darussyifa Pusat. Kesemua bakal pelajar dikehendaki hadir untuk mengikuti kuliah pembukaan ini untuk menerima bacaan-bacaan hafalan asas Ruqyah secara terus dari tuan guru.
No comments:
Post a Comment