Sunday, 2 December 2012

KOPI 01 2012

Seramai 37 orang ahli Darussyifa' Kelantan telah menyertai Kongres Pengubatan Islam Nusantara (KOPI) 2012.  Kongres selama dua hari ini (1 dan 2 Disember 2012) telah diadakan di Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya(APIUM), Kuala Lumpur.
Kongres yang julung-julung kali dianjurkan ini bertemakan Ke Arah Memartabatkan dan Melestarikan Pengubatan Islam Sepanjang Hayat.  Kongres ini dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia  (Darussyifa') dengan kerjasama Gabungan Persatuan Pengamal Pengubatan Islam Malaysia (GAPPIMA) dan APIUM.
Majlis perkongsian ilmu ini dipenuhi dengan 14 pembentangan oleh pengamal-pengamal perubatan Islam di Nusantara.  Kongres ini telah dihadiri oleh peserta-peserta dari seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei dan Thailand.
Kongres ini telah dirasmikan oleh YABhg. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia dan Penaung GAPPIMA, manakala ucap utama pula disampaikan oleh YBhg Dato' Dr Haron Din, Pengasas dan Penasihat Darussyifa'.






No comments:

Post a Comment