Thursday, 14 February 2013

Pelancaran Tabung Pembinaan Pusat Rawatan Darussyifa' Kelantan

Satu majlis Pelancaran Tabung Pembinaan Pusat Rawatan Darussyifa' Kelantan telah dilancarkan pada 10hb. Februari 2013 lalu di Pekarangan Pusat Rawatan Darussyifa' Kelantan, Lundang.

Majlis yang sempuranakan oleh Tn Hj Rahman Nawas, Pengerusi Darussyifa' Bangi ini dimulakan dengan solat sunat Dhuha dan Solat Sunat Hajat di Masjid Lundang pada jam 8.00 pagi.  Program dimasjid ini yang dipimpin oleh Ustaz Zaki Ya, Pengerusi Darussyifa' Kelantan.  Selepas solat sunat, jemaah beramai-ramai mjembaca surah Yaasin, Bacaan ruqyah asas 1, 2, dan 3 dan zikir-zikir serta berselawat ke atas junjungan Rasulullah S.A.W. sempena bulan Rabiul Awal.

Selepas selesai program di masjid, majlis pelancaran dimulakan di pekarangan Pusat Rawatan Lundang. Bersama majlis pelancaran ini juga diadakan majlis kesyukuran Darussyifa' Kelantan 2013.

Setelah beroperasi sekian lama, dengan bilangan ahli yang semakin ramai (+400 orang), bangunan sedia ada sudah tidak mampu untuk menampung atau menyediakan ruang yang lebih kondusif khususnya kepada pesakit dan perawat untuk menjalankan rawatan. Bilangan pesakit / pengunjung yang datang untuk mendapatkan rawatan kian bertambah setiap hari, pusat rawatan sedia ada di dapati tidak lagi begitu relevan.
Untuk pengetahuan, pusat rawatan yang ada sekarang merupakan satu premis yang disewa tidak mempunyai ruang yang luas untuk parkir kenderaan, pesakit-pesakit yang datang terpaksa meletakkan kenderaan di sekitarnya, terutama pekarangan masjid.  Keadaan ini telah menimbulkan kesukaran kepada pengguna-pengguna sekitar.

Sebagai satu alternatif, jawatankuasa Darussyifa' Kelantan telah sebulat suara bersetuju supaya Darussyifa' Kelantan berusaha mencari / membina / memiliki bangunan sendiri untuk dijadikan pusat rawatan dengan persekitaran yang lebih selesa kepada pesakit dan perawat.

Pihak Darussyifa' Kelantan amat mengalu-alukan sebarang sumbangan / derma untuk tabung pembinaan Pusat Rawatan Darussyifa' Kelantan ini.  Sebarang sumbangan kewangan bolehlah disalurkan melalui mana-mana pusat rawatan Darussyifa' Kota Bharu, Bachok, Kuala Krai, Pasir Mas atau Machang atau masukkan deposit ke akaun BIMB: 0303 6010 0558 73 (Persatuan Kebajikan Dan Pengubatan Islam Darussyifa Kelantan).
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kutipan semasa hari pelancaran RM 7 019.00
 
 
Ustaz Zaki Ya, Pengerusi Darussyifa' Kelantan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir menjayakan majlis ini, khususnya kepada petugas-petugas yang berusaha keras menjadikan majlis ini satu realiti walaupun terdapat halangan-halangan dan gangguan yang terpaksa ditempuhi.

No comments:

Post a Comment