Tuesday 17 July 2012

Rawatan Di Bachok

Rawatan di Pusat Rawatan Darussyifa' Bachok akan ditangguhkan sepanjang bulan Ramadhan ini.  Mesyuarat ahli-ahli Darussyifa' Bachok pada 12 Julai 2012 bersetuju supaya pusat rawatan di Bachok ditutup sepanjang bulan Ramadhan ini.  Kepada pesakit-pesakit atau mereka-mereka yang ingin mendapatkan rawatan bolehlah dapatkan rawatan ini di Darussyifa' Kelantan, di Lundang.
Pusat Rawatan Darussyifa' Bachok akan beroperasi semula selepas Hari Raya Puasa nanti.

Sekian dimaklumkan.  Selamat berpuasa.  Sebarang cadangan bolehlah dipanjangkan ke email.


Rawatan Di Bulan Ramadhan

Sebagai memenuhi keperluan pesakit / orang yang berhajat, Darussyifa' Kelantan akan mengadakan sesi rawatan setiap hari.  Walau bagaimana pun, khidmat rawatan ini akan beroperasi pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari sahaj setiap hari.
Ustaz Zaki Ya, Pengerusi Darussyifa' Kelantan memaklumkan demikian kepada semua perawat yang hadir pada majlis solat hajat dan zikir mingguan di Pusat Rawatan Darussyifa' Kelantan, Lundang pada 16 Julai 2012.
Kepada mereka-mereka yang berhajat untuk mendapatkan khidmat rawatan, bolehlah hadir pada waktu di atas.  Kepada perawat-perawat yang ada kelapangan, diminta hadir untuk memberikan khidmat rawatan.
Sepanjang bulan Ramadhan ini, majlis solat hajat dan zikir akan ditangguhkan sehingga hari Raya Puasa.  Pusat rawatan akan dibuka semula seperti biasa mulai 27 Ogos 2018.
Pusat Rawatan Darussyifa' Pasir Mas akan beroperasi seperti biasa di bulan Ramadhan.
Aktiviti Mingguan


Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Wednesday 4 July 2012

Rawatan Di Bulan Ramadhan

Pada majlis zikir dan bacaan Yasiin di Darussyifa' Lundang 2hb Julai 2012 lalu, Pengerusi Darussyifa' Kelantan, Ustaz Zaki B Ya memaklumkan kepada semua perawat bahawa bagi menampung keperluan masyarakat / orang ramai / pesakit yang ingin mendapakan rawatan, Pusat Rawatan Darussyifa' Lundang akan beroperasi Sepanjang bulan Ramadha al-Mubarak nanti.  Jadual rawatan adalah sebagaimana berikut:
Jumaat : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Sabtu   : 9.00 pagi - 12.00 tengahari.
Kepada orang ramai yang ingin mendapatkan rawatan bolehlah datang ke Pusat Rawatan di Lundang pada hari dan waktu di atas.
Kepada perawat-perawat yag ada kelapangan bolehlah datang bertugas pada waktu tersebut.

Khidmat Rawatan Luar

Ahli-ahli Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Negeri Kelantan (Darussyifa' Kelantan) sejak akhir-akhir ini, atas permintaan masyarakat sekitar telah bergerak aktif mengadakan rawatan di luar dari premis pusat rawatan Darussyifa'.  Ini merupakan sebagai sebahagian daripada sumbangan Darussyifa' kepada masyarakat.
Antara aktivti yang dapat dirakamkan adalah:

Jumaat - 15hb Jun 2012 (3.00 petang - 7.00 petang)
Darussyifa' telah mengadakan rawatan di Masjid Mukim Pintu Geng, Kota Bharu sempena program sambutan Israk dan Mikraj di masjid berkenaan pada malam itu.
Perawat yang terlibat adalah: Pak Su, Pak Nik, Ust Zafri, Ust Saruzi, Ust Raihanah dan Ust Intan Nurmuslihah.

Sabtu - 16hb Jun 2012 (11.00 pagi - 4.00 petang)
Rawatan di bawah program Cakna Rakyat DUN Panchor, di Kota Jembal.
Perawat terlibat: Ustaz Arifin Daud, Ust Mohd Thaqif, Ust Mohd Hatta, Ust Zairie dan Ust Azli.

Sabtu - 23hb Jun 2012 (8.00 pagi - 1.00 tengahari)
Rawatan di bawah program Cakna Rakyat DUN Kijang, di Kuala Besar, Kota Bharu
Perawat terlibat : Ust Mohd Thaqif, Ust Zairie, Ust Ariffin Daud, Ust Mohd Hatta, dan Ust Effendi

Ahad - 01hb Julai 2012 (9.00 pagi - 4.00 petang)
Rawatan di bawah program Pameran Kesihatan MPKB  - BRI di Padang Perdana, Kota Bharu.
Perawat terlibat: Ust Ariffin Daud, Ust Mohd Thaqif, Ust Ibrahim, Ust Fadhil, Ust Ahmad B Daud, Ust Rahim Senik, dan Ust Azhar.

Darussyifa' Bersama Pesta Pantai

Darussyifa' Bachok sekali lagi tahun ini turut serta memeriahkan sambutan Pesta Pantai Pelancongan Islam anjuran Majlis Daerah Bachok pada 3hb Jun sehingga 16hb Jun.  Seperti tahun 2011, Pusat Rawatan Darussyifa' Bachok telah berpindah pusat rawatan ke Pantai Irama, Bachok.  Semua perawat (Bachok) dan dari luar Bachok yang bertugas telah mengadakan rawatan di bawah khemah sepanjang tempoh itu.
Sepanjang tempoh rawatan, seramai 179 orang pengunjung telah mendapatkan khidmat rawatan.  Rawatan diadakan setiap hari iaitu pada waktu petang (5.00 - 7.00 petang) dan malam (9.30 - 11.30 malam).
Pengerusi Darussyifa' Bachok mengucapkan terima kasih kepada perawat-perawat yang telah bertugas dengan sukarela di Pusat Rawatan Pantai Irama sepanjang waktu tersebut.  Beliau berharap agar kerjasama dan kesungguhan ini akan berterusan dan mendapat keberkatan daripada Allah.