Friday 3 January 2014

Darussyifa Bachok Pindah

Mulai 1hb Januari 2014, Pusat Darussyifa' Bachok telah berpindah tempat operasi ke Kampung Kubang Golok, Bachok.  Malam tadi (2 / 1 / 2014) telah diadakan majlis solat hajat dan zikir pertama di premis baru di Kampung Kubang Golok.  Sebarang pertanyaan boleh lah hubungi Pengerusi Darussyifa' Bachok, Ust Mohd Juhdi (019 980 8670) atau Ust Safaee (019 919 7072) atau Ust Yassim (017 938 8751).

Jadual rawatan adalah tidak berubah iaitu
setiap malam (Jumaat hingga Rabu - mulai 9.00 mlm @ lps Isyak - 10.00 mlm),
hari Khamis (5.00 - 6.00 petang).
Khamis Malam adalah malam zikir.

 




Kembalinya Seorang Sahabat

Pada jam 4.41 petang tadi,  Darussyifa' Kelantan telah kehilangan seorang perawat apabila beliau telah kembali keRahmatullah.  Beliau telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Pakar Perdana pagi ini (Jumaat, 3hb Jan 2014).

Perawat yang dimaksudkan adalah Allahyarham Ustaz Baharuddin yang lebih dikenali sebagai "Ustaz Din Tok Guru" oleh teman-teman rapatnya.  Seorang guru yang disayangi oleh pelajar-pelajarnya dan rakan-rakan sejawatnya di Maahad Muhammadi, Kota Bharu.
Bagi sahabat-sahabat di Darussyifa' beliau amat disenangi  serta disegani kerana pengetahuannya dalam Ilmu Fekah.
Sebagai seorang sahabat / teman ... marilah sama-sama kita hadiahkan bacaan surah AL Fatihah kepada allahyarham, semoga roh beliau termasuk dalam golongan para solihin.
AL FATIHAH.
Kepada ahli keluarga allahyarham, kami Darussyifa' Kelantan mengucapkan takziah.  Bersabarlah kerana Allah lebih menyayangi allahyarham.