Thursday 31 October 2013

Hari Keluarga Darussyifa Kelantan 2013

Kesemua ahli / perawat Darussyifa' Kelantan dijemput untuk menghadiri Hari Keluarga Darussyifa' 2013 yang akan diadakan di GELORA BEACH RESORT, PERUPOK, BACHOK pada 1 dan 2 November 2013.
Majlis zikir akan bermula selepas solat maghrib dan majlis ramah mesra selepas tazkirah pada jam 9.30 malam pada 1 Nov 2013.
Pada 2 Nov. acara sukaneka akan diadakan dengan pendaftaran akan dibuka pada jam 8.00 pg.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi ketua urusetia hari keluarga, Ust Adnan.
Diharap tiada keuzuran semua ahli / perawat.

Perjumpaan Perawat Darussyifa Kelantan Kali 1 / 2013

Satu perjumpaan perawat Darussyifa' Kelantan telah diadakan di Dewan Kuliah 2, HUSM, Kubang Kerian pada hari Jumaat, 18hb Oktober 2013 yang lalu.
Perjumpaan yang bertujuan untuk menjadikan ia satu platform bagi semua perawat seluruh Kelantan bertemu serta merapatkan silaturrahim diantara perawat telah berjaya mencapai matlamatnya.  Walaupun pada saat-saat akhir, wakil Darussyifa' dari Bangi tidak dapat turut serta kerana beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan telah berjaya diadakan dengan penuh harmoni.
Pengerusi Darussyifa' Kelantan, Ustaz Zaki Ya dalam ucapannya menyeru supaya semua perawat bersatu hati dalam menjankan tugas dan peranan masing-masing sebagai perawat dan ahli persatuan.  Sama-sama menjaga keutuhan persatuan, merawat secara ikhlas sesuai dengan nama persatuan yang berteraskan kepada Kebajikan.  Jika ada dalam lintasan hati berkehendakkan ganjaran atau habuan, eloklah diketepikan atau diabaikan lintasan hati itu.  Berilah rawatan dan khidmat secara ikhlas, InsyaAllah besar ganjarannya yang Allah akan berikan.
Sementara itu, Dr Wan Nudri (Timb. Pengarah Pusat Islam, HUSM) selaku penasihat Darussyifa' Kelantan menyeru supaya semua ahli bersatu hati dan tenaga menggerakkan Darussyifa' Kelantan demi kepentingan pelanggan-pelanggan yang datang mendapatkan rawatan.  Beliau juga mengingatkan semua perawat sentiasa menjaga tatasusila sebagai perawat, terutama sewaktu menjalankan rawatan.  Buku panduan dan garispanduan perawat yang sedia ada yang dikeluarjan oleh Darussyifa' dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hendaklah diiukti dan dipatuhi.
Majlis yang bermula jam 3.00 petang ini berakhir pada jam 4.30 petang dengan bacaan tasbih kafarah dan surah Al-Asr.















Sunday 20 October 2013

Kursus Pengubatan Islam Darussyifa' Kelantan sesi 2014


Kepada sesiapa yang berhasrat untuk mempelajari dan mendalami kursus pengajian pengubatan Islam, Darussyifa' Kelantan mempelawa bakal-bakal pelajar dari seluruh negara untuk mengikutinya bagi pengambilan keempat, sesi 2014.  Permohonan sedang dibuka sekarang dan sila dapatkan borang permohonan dari laman ini atau di pusat-pusat rawatan Darussyifa' seluruh Kelantan atau layari laman blog Lifelong Journey untuk memuat turun borang permohonan.
Tarikh tutup permohonan adalah 31hb Oktober 2013.
Siapakah yang layak untuk mengikuti kursus ini?
Kursus ini terbuka kepada semua muslim / muslimat yang berminat untuk mengamalkannya untuk diri sendiri atau membantu orang-orang yang memerlukan.
Janagn lepaskan peluang ini.  Kuliah dijalankan pada hari sabtu (2 minggu sekali) selama setahun.