Thursday 20 September 2012

Majlis Hari Raya DarulSyifa' 2012

Majlis berkenaan telah berjaya dilaksanakan sebagaimana yang dirancang pada 16hb September lalu.  Ustaz Zaki B Ya, Pengerusi Darussyifa' Kelantan mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang bertungkus lumus menjayakan program ini.  Beliau mengharapkan kerjasama sebegini akan terus berkekalan di masa-masa akan datang.
Majlis berkenaan telah mendapat sambutan daripada ahli serta keluarga dan juga penduduk sekitar dan mereka-mereka yang pernah mendapatkan khidmat rawatan di Drussyifa'.















Sesi Rawatan

Menunggu giliran untuk rawatan

 

Monday 3 September 2012

Majlis Hari Raya Darussyifa Kelantan 2012

Satu majlis sambutan Hari Raya Idul Fitri akan diadakan di Darussyifa Kota Bharu pada 16hb. September 2012.  Pengerusi Darussyifa Kelantan, Ustaz Zaki Ya memaklumkan bahawa majlis ini akan diadakan di pekarangan Pusat Rawatan Darussyifa Kelantan, di Depan Masjid Lundang bermula jam 10.00 pagi hingga jam 2.00 petang (atau sehingga juadah hidangan habis - mana yang terdahulu).
Beliau berharap kepada semua ahli yang berkelapangan supaya hadir pada petang 15hb September lagi ke Pusat Rawatan untuk membuat kerja-kerja persiapan sambutan ini.  Penyediaan juadah untuk majlis ini adalah secara kerjasama di kalangan ahli semua.
Kesemua ahli dijemput untuk menghadiri majlis pada 16hb September ini bersama keluarga masing-masing.  Diharapkan tiada sebarang keuzuran di kalangan ahli semua.

Waktu Baru Rawatan Di Pusat Kota Bharu

Bermula 1hb September 2012, jadual khidmat rawatan di Darussyifa Kelantan (Kota Bharu) adalah sebagaimana berikut:

Hari Isnin :

Pagi : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Petang : 5.00 petang - 7.00 petang
Malam : 9.00 malam - 11.00 malam

Hari Selasa hingga Sabtu :

Pagi : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Petang : 5.00 petang - 7.00 petang
Malam : Tiada rawatan


HARI
PAGI
PETANG
MALAM
SELASA
9.00 – 12.00
5.00 – 7.00
TIADA
RAWATAN
RABU
KHAMIS
JUMAAT
SABTU
AHAD
ISNIN
9.00 – 11.00

Sekian. Harap maklum