Monday 3 September 2012

Majlis Hari Raya Darussyifa Kelantan 2012

Satu majlis sambutan Hari Raya Idul Fitri akan diadakan di Darussyifa Kota Bharu pada 16hb. September 2012.  Pengerusi Darussyifa Kelantan, Ustaz Zaki Ya memaklumkan bahawa majlis ini akan diadakan di pekarangan Pusat Rawatan Darussyifa Kelantan, di Depan Masjid Lundang bermula jam 10.00 pagi hingga jam 2.00 petang (atau sehingga juadah hidangan habis - mana yang terdahulu).
Beliau berharap kepada semua ahli yang berkelapangan supaya hadir pada petang 15hb September lagi ke Pusat Rawatan untuk membuat kerja-kerja persiapan sambutan ini.  Penyediaan juadah untuk majlis ini adalah secara kerjasama di kalangan ahli semua.
Kesemua ahli dijemput untuk menghadiri majlis pada 16hb September ini bersama keluarga masing-masing.  Diharapkan tiada sebarang keuzuran di kalangan ahli semua.

2 comments: