Sunday 2 December 2012

KOPI 01 2012

Seramai 37 orang ahli Darussyifa' Kelantan telah menyertai Kongres Pengubatan Islam Nusantara (KOPI) 2012.  Kongres selama dua hari ini (1 dan 2 Disember 2012) telah diadakan di Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya(APIUM), Kuala Lumpur.
Kongres yang julung-julung kali dianjurkan ini bertemakan Ke Arah Memartabatkan dan Melestarikan Pengubatan Islam Sepanjang Hayat.  Kongres ini dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia  (Darussyifa') dengan kerjasama Gabungan Persatuan Pengamal Pengubatan Islam Malaysia (GAPPIMA) dan APIUM.
Majlis perkongsian ilmu ini dipenuhi dengan 14 pembentangan oleh pengamal-pengamal perubatan Islam di Nusantara.  Kongres ini telah dihadiri oleh peserta-peserta dari seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei dan Thailand.
Kongres ini telah dirasmikan oleh YABhg. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia dan Penaung GAPPIMA, manakala ucap utama pula disampaikan oleh YBhg Dato' Dr Haron Din, Pengasas dan Penasihat Darussyifa'.






Majlis Perasmian Kuliah Perubatan Islam Sesi 2012 / 2013

Pada hari Jumaat, 30hb Nov 2012 (16 Muharram 1434) telah berlangsung majlis perasmian Kuliah Perubatan Islam ambilan 3, sesi 2012 / 2013 di Dewan Jubli Perak MAIK, Panji Kelantan.  Perasmian telah dilaksempurnakan oleh Yang Berbahagia, Dato' Paduka Hj Nik Abdul Kadir B Nik Mohamaad, Timbalan MuftiKerajaan Kelantan.
Ucapan Perasmian

Majlis perasmian ini kemudian diikuti dengan kuliah pembukaan bagi kursus ini.  Seramai 178 pelajar sesi 2012 / 2013 telah hadir untuk mengikuti kuliah pada tahun ini.  Kuliah pembukaan telah dipimpin oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Dato' Dr Haron B Din, Pengasas Darussyifa' Malaysia.  Pada kuliah pembukaan ini juga, para pelajar telah menerima 10 ruqyah asas pertama untuk dihafal dan difahmkan daripada tuan guru secara talaqqi.
Selamat maju jaya kepada semua pelajar baru..













 




Ikrar Pelajar