Wednesday 10 July 2013

Tasmek Asas 1 dan 2

Majlis Tasmek Ruqyah Asas 1 dan Asas 2 telah selamat dijalankan di Masjid Pusat Islam, HUSM, Kubang Kerian pada 6hb Julai 2013 yang lalu.  Terdahulu, pelajar-pelajar yang hadir telah menerima ayat-ayat ruqyah asas ke 3 yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Zulkifli untuk dihafal oleh semua pelajar ambilan 2013.
Pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada 20 kumpulan tasmek.  Seramai 5 orang pentasmek adalah daripada Darussyifa' Bangi, manakala bakinya 15 orang lagi adalah dari Darussyifa' Kelantan.
Pengerusi Darussyifa' Kelantan telah memaklumkan bahawa kuliah berikutnya akan dijalankan selepas hari raya puasa nanti dan para pelajar akan dimaklumkan melalui SMS mengenainya.
Majlis tasmek telah selesai pada jam 1.00 tengahari.
Taklimat Tasmek



 Urusetia / Pendaftaran



 Tasmek