Saturday 18 May 2013

Al Fatihah

Seorang pelajar Darussyifa Kelantan sesi 2012/2013, Mohd Zamri Zakaria telah meninggal dunia pada jam 10.00 malam, hari Khamis, 16hb Mei 2013.  Marilah sama-sama kita sedekahkan Fatihah kepada beliau semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin.
Al Ftihah.
DarusSyifa' Kelantan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau.

Seminar Pencegahan Penyakit Menurut Islam

Pusat Islam, Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian akan menganjurkan satu seminar pencegahan penyakit menurut Islam pada 27hb Mei 2013 ini.  Kepada mereka yang berminat untuk menyertai seminar ini, bolehlah dapatkan maklumat sebagaimana berikut:


SEMINAR PENCEGAHAN PENYAKIT MENURUT ISLAM
Tarikh
Masa
27 Mei 2013 ( Isnin )
8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat
Anjuran
Dewan Utama, Kampus Kesihatan USM
Pusat Islam, Kampus Kesihatan USM
Objektif
Memberi pencerahan mengenai masalah penyakit-penyakit kronik dan gangguan makhluk halus serta cara pencegahannya menurut perubatan moden dan Islam.

Tentatif Program

8.00 pagi
Pendaftaran Peserta
8.45 – 9.45 pagi
Ceramah 1 : Kencing Manis
Prof. Madya Nor Azwany Yaacob
Pensyarah PPSP, USM
9.45 – 10.15 pagi
Minum pagi
10.45 – 11.45 pagi
Ceramah 2 : Tekanan Darah Tinggi, Jantung dan Strok
Prof. Madya Dato’ Dr Zurkurnai Yusof
Pakar Jantung USM
11.45 – 12.45 t hari
Ceramah 3 : Penyakit-Penyakit Lelaki dan Lemah Tenaga Batin
Prof Dr Shaiful Bahari Ismail
Timbalan Dekan PPSP USM
12.45 – 2.00 petang
Makan tengahari dan solat zohor
2.00 – 3.00 petang
Ceramah 4 : Penyakit-Penyakit Wanita
Prof. Dr Hazlina Nik Hussain
Ketua Unit UPKW, USM
3.00 – 4.00 petang
Ceramah 5 : Sihir dan Saka
Ustaz Hj Mohd Fauzi Mustaffa
Presiden, Gabungan Persatuan Pengamal Perubatan Islam Malaysia (GAPIMA)
4.00 – 5.00 petang
Ceramah 6 : Pencegahan Penyakit Menurut Islam
Dr Hj Mujahid Bakar
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kesihatan, USM
5.00 – 5.30 petang
Minum petang / Bersurai
Sasaran :
Jururawat, Pegawai Perubatan, Pensyarah, Imam, Guru Agama, Kakitangan Awam / Swasta, Pesara, Orang Awam dan Pelajar.

Yuran
RM 30 (Tunai)

Untuk penyertaan, sila beri nama dan maklumat diri kepada Pusat Islam USM (sebelum 23hb Mei 2013) ditalian :

09 – 767 1067 / 09 – 767 1068 (En Nesrudin / Ustazah W. Noraynie / Ustaz Hashim)
09 – 767 1063 / 013 – 233 1150 (Ustaz Rosdian)