Tuesday 19 November 2013

Ijtima' Darussyifa' SeMalaysia 2013

Seramai 128 orang ahli Darussyifa' dan pelajar Darussyifa' Kelantan 2013 telah menghadiri Ijtima' Darussyifa' SeMalaysia, di Kolej Universiti Islam Selangor, KUIS 16hb November 2013.  Ijtima' dengan tema Pasakkan Langkah Mengharung Cabaran  Dunia Pengubatan Islam diadakan sempena ulangtahun ke 25 Persatuan Kebajikan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa').
Ucap utama dan perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Guru Dato' Dr Haron Bin Din, Pengasas dan Penasihat, Darussyifa'.

Sekitar Hari Keluarga 2013

Berikut adalah sebahagian gambar sambutan Hari Keluarga Darussyifa' Kelantan 2013

 Pendaftaran untuk sukaneka dan cabutan bertuah.


Aktiviti Hari  Keluarga






















Acara Kemuncak





Tuesday 12 November 2013

Hari Keluarga Meriah


Hari Keluarga Darussyifa' yang diadakan di Gelora Beach meninggalkan seribu kenangan terutama bagi kanak-kanak yang menyertainya.  Banyak aktiviti untuk kanak-kanak telah berjaya menyerikan muka-muka mereka semua.
Aturcara program itu adalah :



1 Nov 2013

4.00 ptg – 6.30 ptg
Pendaftaran
Acara keluarga (bebas)
7.00 mlm – 10.00 mlm
Solat Maghrib berjemaah
Solat Hajat
Bacaan Yaasin dan zikir
Solat Isyak
Tazkirah
Makan malam
10.00 mlm
Acara keluarga / tidur
2 Nov 2013

3.30 pg – 8.00 pg
Qiamullail
Solat Tahajjud
Solat Hajat
Zikir
Solat Subuh berjemaah
Kuliah subuh
Solat Dhuha
8.00 pg – 8.30 pg
Sarapan pagi
8.30 pg – 11.30 tgh
Acara sukaneka (Antara acara)
Acara kanak-kanak (L, P)
Mengutip coklat – kategori kanak-kanak
Tiup belon sampai pecah
Bawa bola dalam sudu
Merebut kerusi

Acara dewasa (L, P)
Bowling kelapa
Memancing botol
Lumba lari berpasangan

Acara pasangan
Sambut belon berisi air

Acara kemuncak adalah tarik tali (L)

11.30 pg – 12.30 tgh
Penyampaian hadiah
Cabutan bertuah
Makan tengahari

Dalam ucapan penangguhan, pengerusi Darussyifa' Kelantan, Ustaz Zaki b Ya,  mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir kerana menjayakan program ini.  Ini merupakan program pertama berjaya diadakan sejak adanya Darussyifa'  Kelantan dan berharap acara ini menjadi acara tahunan pada masa-masa akan datang.  Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada jawatankuasa program hari keluarga yang bertungkus lumus menayakan program ini sehingga menjadi realiti.
Harapan beliau semoga melalui program seperti ini akan dapat merapatkan lagi jalinan silaturrahim yang sedia ada di kalangan ahli keluarga Darussyifa' Kelantan.









Kuliah Subuh