Tuesday 27 November 2012

Taklimat Pengajian 2012 / 2013

Satu taklimat Kuliah Pengajian Pengubatan Islam sesi 2012 / 2013 telah diadakan pada Jumaat, 16hb Nov 2012 di Masjid Pusat Islam, HUSM Kubang Kerian.  Taklimat yang diketuai oleh Tuan Haji Abdul Rahman B Ahmad (Pengerusi Darussyifa Pusat) telah menyentuh pelbagai aspek dan disiplin kepada  bakal-bakal pelajar Darussyifa' Kelantan sesi 2012/2013.
Majlis taklimat yang bermula jam 9.00 pagi itu berakhir pada jam 12.00 tengahari.  Terdahulu, pendaftaran pelajar baru berjalan lancar bermula jam 8.00 pagi.  Seramai 175 bakal pelajar sudahpun mendaftarkan diri untuk mengikuti kuliah ini.
Kepada semua bakal pelajar dimaklumkan sekali lagi bahawa majlis perasmian Kuliah Perubatan Islam ini akan diadakan pada hari Jumaat, 30hb Nov 2012 bersamaan 16 Muharram 1434 bertempat di Dewan Jubli Perak MAIK, Panji. 
Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh Dato Timbalan Mufti Negeri Kelantan, Dato Paduka  Hj Nik Abdul Kadir B Nik Mohamad.  Manakala kuliah pembukaan akan disempurnakan oleh Tuan Guru Dato' Dr Haron B Din, Pengasas dan Penanung Darussyifa Pusat.  Kesemua bakal pelajar dikehendaki hadir untuk mengikuti kuliah pembukaan ini untuk menerima bacaan-bacaan hafalan asas Ruqyah secara terus dari tuan guru.

Monday 12 November 2012

Temuduga Kursus Pengubatan Islam 2012 / 2013

Temuduga pengambilan pelajar sesi pengajian 2012 / 2013 telah berjalan lancar pada hari Sabtu, 10 November 2012 lepas.  Dijangkakan seramai 150 orangf pelajar baru akan mengikuti pengajian pada sesi ini.  Kepada mana-mana bakal pelajar yang tidak dapat hadir sesi temuduga pada 10hb lalu diminta hadir pada hari Rabu, 14hb November 2012 pada jam 5.00 petang - 6.00 petang. untuk proses temuduga.
Satu taklimat pengajian dan pendaftaran  akan diadakan sebagaimana berikut:
Tarikh  : 16 November 2012 (Jumaat)
Masa    :  8.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat :  Masjid Pusat Islam, HUSM.

Semua bakal pelajar dikehendaki hadir sesi taklimat pada tarikh di atas dengan berpakaian sebagaimana yang ditetapkan.










Kelas Tajwid dan Qiraat

Darul Syifaa' Bachok telah menjadikan Kelas Tajwid dan Qiraat sebagai satu daripada aktiviti mingguan di pusat rawatan Darussyifa' Bachok.  Kelas ini dijalankan pada setiap hari khamis, selepas solat Isyak.  Ia menjadi aktiviti tambahan kerana pada malam ini, aktiviti mingguan adalah solat hajat dan zikir selepas solat maghrib.
Kelas ini dipimpin oleh Ustaz Md Saifullah B Nik Abdullah yang telah menamatkan pengajian dalam bidang berkenaan di Mesir.
Kepada para perawat Darussyifa' yang berminat untuk mendalami ilmu tajwid dan qiraat, bolehlah hadir pada setiap malam Jumaat di pusat rawatan Darussyifa' Bachok.





Thursday 8 November 2012

Temuduga Pelajar Baru Kursus Pengubatan Islam

Satu temuduga pelajar baru bagi Kursus Pengubatan Islam,  Darussyifa' Kelantan sesi 2012 / 2013, siri 3 akan diadakan sebagaimana maklumat berikut:

Tarikh    :  10hb November 2012 (Sabtu)
Tempat  :   Pusat Islam, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian
Masa     :   9.00 pagi - 12.00 tengahari

Pakaian:
Perempuan - Pakaian lengkap yang sesuai.
Lelaki -  Seluar hitam, baju putih, ketayap putih (pakaian jeans tidak dibenarkan).

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Ust Khairul, 010 910 1206