Sunday 2 March 2014

Majlis Konvokesyen Pengubatan Islam 2014



Majlis Konvokesyen Pengubatan Islam Siri 3 Sesi 2012/2013 Darussyifa’ Kelantan telah berlangsung dengan jayanya pada hari Jumaat, 28 RabiulAkhir 1435H (28 Februari 2014).

Majlis yang diadakan di Hotel Perdana ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Dato’ Haron Bin Din, Pengasas dan Penasihat Darussyifa’


Masa
Acara
0700
·         Pendaftaran graduan dan tetamu jemputan
·         Para tetamu mengambil tempat di Dewan
0800
·         Ketibaan rombongan Darussyifa’ Pusat dan Tetamu Kehormat
·         Ketibaan Tuan Guru Dato’ Haron B Din, Pengasas dan Penasihat Darussyifa’
·         Ketibaan Prof Dato’ Dr Mafauzy B Mohamed, Pengarah Kampus Kesihatan USM
0815
·         Perarakan masuk Graduan ke Dewan dan mengambil tempat masing-masing.
·         Perarakan masuk:
o        Tuan Guru Dato’ Haron B Din
o        Prof Dato’ Dr Mafauzy B Mohammed
o        Pengerusi Darissyifa’ Pusat dan Rombongan VVIP
0830
·         Ucapan Pengacara Majlis
·         Bacaan Asma Ul Husna
·         Bacaan al Quran oleh Ustaz Mohd Syakir B Mat Yusoff
0845
·         Ucapan Aluan Pengarah Darussyifa’ Negeri Kelantan
·         Ucapan Aluan Pengarah Kampus Kesihatan USM
0900
·         Penyampaian Anugerah Ahli Kehormat kepada:
Dato’ Paduka Hj Nik Abdul Kadir B Nik Muhamad, Timbalan Mufti Negeri Kelantan
·         Penyampaian sumbangan Darussyifa’ kepada isteri Allahyarham Ustaz Baharuddin B Ismail, Perawat Darussyifa’ Kelantan.

0920
·         Taklimat Pengijazahan oleh Tuan Guru Dato’ Dr Haron B Din.
·         Bacaan 33 asas Ruqyah oleh para Graduan secara berjemaah:
  • Bacaan Asas Pertama
  • Bacaan Asas Kedua
  • Bacaan Asas Ketiga
1000
·         Gimik pengijazahan
·         Majlis Pengijazahan Pengubatan Islam Siri 3 Sesi 2012/2013 oleh Tuan Guru Dato’ Dr Haron B Din

1040
·         Amanat Tuan Guru Dato’ Dr Haron B Din
·         Penyampaian Sanad Al Fatihah
1140
·         Perarakan keluar VVIP
o        Tuan Guru Dato’ Dr Haron B Din
o        Prof Dato Dr Mafauzy B Mohamed
o        Pengerusi Darussyifa’ Pusat dan Rombongan VVIP
·         Bai’ah bersama Tuan Guru Dato’ Dr Haron B Din

1200
·         Sesi bergambar VIP
·         Sesi bergambar berkumpulan
·         Makan Tengah Hari
·         Bersurai
 



Pada majlis ini, seramai 132 orang graduan Negeri Kelantan sesi 2012 / 2013 telah menerima Ijazah Pengubatan Islam yang disampaikan oleh Dato’ Dr Haron B Din, Pengasas dan Penasihat Darussyifa’ Malaysia.

Dengan selesainya majlis ini, bilangan para graduan Pengubatan Islam nusantara yang dikeluarkan oleh Darussyifa’ Malaysia sudah melebihi 7000 orang.  Daripada bilangan ini, bilangan mereka yang menjadi perawat aktif adalah sekitar 20%.  Semoga para graduan yang baru diijazahkan ini akan menjadi perawat aktif bagimenampung kekurangan perawat yang mengamallkan rawatan secara Islam dalam masyarakat Malaysia hari ini.







No comments:

Post a Comment