Monday 17 March 2014

Peluang Merawat

Tahniah kepada semua perawat pelatih yang baru diijazahkan pada 28 Februari 2014 yang lalu.  Semoga dengan pengiktirafan ini, anda semua akan menjadi perawat dengan baik nanti. 
Untuk makluman, Pusat Rawatan Darussyifa' Lundang akan meluaskan lagi khidmat rawatan kepada sesi malam dari jam 9.00 - 11.00 .  Peluang ini dibuka kepada ahli-ahli baru (perawat pelatih sesi 2012/2013) untuk turut serta berkhidmat sebagai perawat di Lundang.  Kepada mereka-mereka yang berminat untuk menyumbangkan tenaga, bolehlah menghubungi Ketua pusat rawatan Lundang atau menghubungi Ustaz Zaki B Ya (Pengarah Darussyifa' Kelantan) untuk penetapan hari dan waktu bertugas.
Rebutlah peluang untuk mengamalkan ilmu yang telah ditimba selama ini, kerana ilmu tanpa amal tidak membawa kita kemana.  Senjata jika sentiasa diasah, ia semakin tajam. 
Anda juga boleh menyumbangkan khidmat di pusat-pusat rawatan yang berdekatan dengan kediaman anda seperti di Gua Musang, Pasir Mas, Tumpat, Kuala Krai, Bachok atau lain-lain pusat rawatan.  Sila berhubung dengan pusat rawatan berdekatan untuk penetapan hari dan waktu merawat.

No comments:

Post a Comment